Monday, June 15, 2009

setujukah anda?

Membandingkan bola sepak Malaysia dengan bola sepak Eropah?

Adakah setaraf?

Oh ye aku pernah terbaca artikel tentang bola sepak yang dibangga-banggakan di luar sana dengan bola sepak Malaysia.Memang tidak di nafikan corak permainan bola sepak Eropah lebih bermutu berbanding bola sepak tempatan tetapi seorang kenalanku di sini memberitahu sebenarnya corak dan gaya permainan bola sepak di luar sana dengan bola sepak Malaysia seakan sama dan kita seolah-olah tertipu kerana kecanggihan kamera mereka lebih baik dan ini menyebabkan kita lihat gaya permainan mereka sungguh hebat dan menakjubkan walhal jika kita dapat merasai secara 'live' bola sepak Eropah di stadium ianya tidaklah seperti yang kita tonton di televisyen dan dari situ kita nampak bahawa corak permainan mereka sama sahaja seperti bola sepak Malaysia.

Memang tidak dinafikan juga bola sepak Malaysia masih jauh ketinggalan.Kepada siapa kita mahu menuding jari atas kegagalan bola sepak Malaysia untuk menaikkan nama mereka di peringkat antarabangsa?salahkan ibu mengandungkah?ataupun penonton yang gagal hadir ke stadium?

lihat sikit negara perang seperti Iraq mereka mampu memberikan yang terbaik walaupun mereka berada dalam keadaan serba kekurangan.Negara Malaysia yang dilengkapi dengan kemudahan gagal memberikan persembahan yang terbaik dan Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) hanya menyalahkan jurulatih sahaja tetapi tidak mengambil langkah awal untuk menangani masalah bola sepak Malaysia.Jadi kita mahu salahkan siapa?

Ramai-ramai rakyat Malaysia memberikan sokongan,dorongan sesama kita untuk majukan bola sepak Malaysia,sekian.

*Pemain Malaysia tiada semangat nasionalisme?betulkah?
16 Jun 2009 7.53 pagi

1 comment:

  1. laaa camera la yang menipu selama ni ye zaim? waha ;p

    ReplyDelete