Salam sejahtera aku ucapkan kepada sekalian hamba yang aku harapkan semoga anda sihat sejahtera hendaknya.Oh ya sudah tentu anda terkejut mengapa "Maktab Perguruan Kent" tertera di tajuk atas? HAHAHA aku menaip sambil aku ketawa seketika.Di sini aku ingin memberitahu kalian bahawa aku telah menolak tawaran Universiti Teknologi Mara(UITM) yanguntuk melanjutkan pelajaranku dalam bidang ijazah perguruan di Sabah.YA memang terlalu jauh bagi saya dan juga kalian tetapi kita jangan berfikiran negatif dalam merentasi halangan hidup ini.Di sini juga bukan aku ingin menyejukkan hati aku atau apa-apa yang anda fikirkan,tetapi aku harus kuat,tabah dan gigih mengharungi hidup ini.Aku perlu lupakan keluarga,rakan-rakan dan yang lain-lain.YA aku mengaku aku berasa agak sebak ketika ini kerana nanti di Sabah akan berjauhan dari mereka dan aku hanya sebatang kara tetapi kalian perlu ingat aku bersamaNya yang sentiasa melindungiku.Aku berharap aku akan menghadapi liku-liku hidup ini dengan kejayaan.Aku juga mengucapkan kepada rakan-rakanku semoga maju jaya dalam bidang masing-masing dan berharap agar kita melangkah ke hadapan bersama-sama.Ini sahaja yang aku sampaikan kepada kalian dan selagiku berdaya akanku khabarkan kepada kalian tentang aku dan duniaku.Salam sayang seluruh hamba.
*Kekuatan mental menangi segalanya
1 julai 2009 11.48 malam
Wednesday, July 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment