SELAMAT HARI JADI ZAIM ! Hai macam tiada tindak balas sahaja hari isnin bersamaan 29 Jun 2009.Aku berasa seperti hari-hari biasa tetapi 29 jun ialah hari jadiku.Mengapa ya?Mungkin tiada sambutan kot?Memang tiada sambutan atau tiada penghargaan agaknya.Oh tidak juga kerana rakan-rakanku telah mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepadaku melalui khidmat pesanan ringkas sms.Jadi apa lagi yang aku mahu?yang itu menjadi persoalan(HMM).YA terima kasih juga kepada MAXIS kerana memberi panggilan percuma untukku berhubung dengan yang lain.TETAPI pada hari itu aku sungguh kecewa entah kenapa.SALAM
*tahun hadapan sambut bersama orang Kadazan ye
2 Julai 2009 12.11 malam
Wednesday, July 1, 2009
Maktab Perguruan Kent,Sabah
Salam sejahtera aku ucapkan kepada sekalian hamba yang aku harapkan semoga anda sihat sejahtera hendaknya.Oh ya sudah tentu anda terkejut mengapa "Maktab Perguruan Kent" tertera di tajuk atas? HAHAHA aku menaip sambil aku ketawa seketika.Di sini aku ingin memberitahu kalian bahawa aku telah menolak tawaran Universiti Teknologi Mara(UITM) yanguntuk melanjutkan pelajaranku dalam bidang ijazah perguruan di Sabah.YA memang terlalu jauh bagi saya dan juga kalian tetapi kita jangan berfikiran negatif dalam merentasi halangan hidup ini.Di sini juga bukan aku ingin menyejukkan hati aku atau apa-apa yang anda fikirkan,tetapi aku harus kuat,tabah dan gigih mengharungi hidup ini.Aku perlu lupakan keluarga,rakan-rakan dan yang lain-lain.YA aku mengaku aku berasa agak sebak ketika ini kerana nanti di Sabah akan berjauhan dari mereka dan aku hanya sebatang kara tetapi kalian perlu ingat aku bersamaNya yang sentiasa melindungiku.Aku berharap aku akan menghadapi liku-liku hidup ini dengan kejayaan.Aku juga mengucapkan kepada rakan-rakanku semoga maju jaya dalam bidang masing-masing dan berharap agar kita melangkah ke hadapan bersama-sama.Ini sahaja yang aku sampaikan kepada kalian dan selagiku berdaya akanku khabarkan kepada kalian tentang aku dan duniaku.Salam sayang seluruh hamba.
*Kekuatan mental menangi segalanya
1 julai 2009 11.48 malam
*Kekuatan mental menangi segalanya
1 julai 2009 11.48 malam
Thursday, June 25, 2009
Selamat Tinggal
Sabtu 27 jun 2009,bermula lah era baru dalam hidupku ini.Aku terbang ke Bdr. iskandar Perak untuk menimba ilmu.Ye sudah tentu aku tinggalkan segala-galanya yang berada di Kuala Lumpur terutamanya orang kusayang iaitu keluargaku,rakan-rakanku dan juga Farhana(*OMG aku teruskan menaip ketika menonton perlawanan antara Brazil-SA).Mungkin kehidupan di sana lebih gembira atau sebaliknya dan aku perlu berfikir positif kerana aku seoarang yang mempunyai kekuatan dalaman yang tinggi atau kata lain tidak mudah mengalah(bukan riak ye kalian).Sesuatu yang luar biasa akanku hadapi seperti mahasiswa dan mahasiswi yang lain iaitu cabaran baru,kawan baru dan suasana baru.Beringat lah rakan-rakanku bahawa kita ke sesuatu tempat dengan satu tujuan dan juga seiring dengan harpan ibu bapa kita.Rakanku,"Dunia ini tidak akan sedikit pun berganjak untuk berubah tetapi diri seseorang manusia itu akan cepat berubah apabila mereka lupa diri,asal usul mereka".SELAMAT TINGGAL
Wednesday, June 17, 2009
rumah masuk ular
Hari ini aku dikejutkan dengan peristiwa yang malang kerana rumahku 'dikunjungi' tetamu yang tidak diundang iaitu seekor ular.Aku bertarung nyawa dengan ular yang besar itu dalam masa setengah jam juga untuk mengusirnya keluar dari rumah sambil itu aku memanggil rakanku untuk meminta tolong tetapi yang sebenarnya peristiwa itu hanyalah mimpi sahaja ketika aku tidur petang.Niatku bukan untuk menakutkan kalian tetapi aku ingin tahu adakah itu sebuah tanda perkara buruk akan erlaku ke atas aku?
eh tolong tanya ye sahabat,keluarga,jiran terdekat anda tentang perkara ini.Adakah ianya sebuah petanda?
*Mimpi indah pada waktu petang
16 jun 2009 8.18 malam
eh tolong tanya ye sahabat,keluarga,jiran terdekat anda tentang perkara ini.Adakah ianya sebuah petanda?
*Mimpi indah pada waktu petang
16 jun 2009 8.18 malam
Monday, June 15, 2009
setujukah anda?
Membandingkan bola sepak Malaysia dengan bola sepak Eropah?
Adakah setaraf?
Oh ye aku pernah terbaca artikel tentang bola sepak yang dibangga-banggakan di luar sana dengan bola sepak Malaysia.Memang tidak di nafikan corak permainan bola sepak Eropah lebih bermutu berbanding bola sepak tempatan tetapi seorang kenalanku di sini memberitahu sebenarnya corak dan gaya permainan bola sepak di luar sana dengan bola sepak Malaysia seakan sama dan kita seolah-olah tertipu kerana kecanggihan kamera mereka lebih baik dan ini menyebabkan kita lihat gaya permainan mereka sungguh hebat dan menakjubkan walhal jika kita dapat merasai secara 'live' bola sepak Eropah di stadium ianya tidaklah seperti yang kita tonton di televisyen dan dari situ kita nampak bahawa corak permainan mereka sama sahaja seperti bola sepak Malaysia.
Memang tidak dinafikan juga bola sepak Malaysia masih jauh ketinggalan.Kepada siapa kita mahu menuding jari atas kegagalan bola sepak Malaysia untuk menaikkan nama mereka di peringkat antarabangsa?salahkan ibu mengandungkah?ataupun penonton yang gagal hadir ke stadium?
lihat sikit negara perang seperti Iraq mereka mampu memberikan yang terbaik walaupun mereka berada dalam keadaan serba kekurangan.Negara Malaysia yang dilengkapi dengan kemudahan gagal memberikan persembahan yang terbaik dan Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) hanya menyalahkan jurulatih sahaja tetapi tidak mengambil langkah awal untuk menangani masalah bola sepak Malaysia.Jadi kita mahu salahkan siapa?
Ramai-ramai rakyat Malaysia memberikan sokongan,dorongan sesama kita untuk majukan bola sepak Malaysia,sekian.
*Pemain Malaysia tiada semangat nasionalisme?betulkah?
16 Jun 2009 7.53 pagi

Saturday, June 13, 2009
'statistik'
1.kau sihat?
sihat tapi sakit tekak sikit
2.Sembahyang 5 waktu
HMM penuh tapi fardhu Subuh dalam mimpi
3.teman wanita?
Kau tunggu sahaja !
4.suka melepak?
tak payah tanya la memang pun
5.pernah bergaduh baru-baru ini?
saya budak baik
6.Apa kelebihan kau?
mungkin lebih kepada kemahiran luaran
7.Berdendam.?
Setakat ini tiada kot
8.Berapa jam tidur sehari?
mungkin 12 jam(kalau hidup 50 thn bermakna 25 tahun aku tidur)
9.Kuat berangan?
eh tidak la cuma memikirkan masa depan
10.Gaya permainan kau seperti?
Steven Gerrard,Emmanuel Eboue dan Ronaldinho mungkin la HAHA
*eh anda ceritalah sedikit tentang diri anda ye
14 Jun 2009 1.57 petang

Friday, June 5, 2009
eh kau apa cerita?
HAHAHAHA(aku ketawa seketika).Aku sihat Alhamdulillah sehingga kini tanpa sebarang penyakit dan gembira kerana hidupku ditemani dengan orang yang aku sayangi sama ada keluargaku dan juga rakan-rakan.Oh ye aku sudah pun menghantar borang penangguhan PLKN ke ibu pejabat PLKN kerana aku ingin menyambung pelajaran terlebih dahulu.Mungkin di UITM Perak atau di Maktab Perguruan.
Sisa-sisa 'percutian'ku banyak aku habiskan bersama keluarga dan rakan-rakan dengan melepak dan sebagainya.Aku tidak mempunyai idea untuk menghabiskan masaku ini dengan aktiviti yang berfaedah ataupun yang jarang-jarang aku lakukan.Eh yang gambar di atas aku dengan rakan baikku ketika kami keluar melepak dan setakat ini sahaja dapat aku khabarkan kepada anda dan insyaallah aku akan 'update' blog ini dari semasa ke semasa kerana aku agak sibuk ketika ini akan komitmen dengan kelab bola sepakku.Salam
*Eh bila mahu jumpa?
5 Jun 2009 3.38 petang
Subscribe to:
Posts (Atom)