Friday, June 5, 2009

eh kau apa cerita?



HAHAHAHA(aku ketawa seketika).Aku sihat Alhamdulillah sehingga kini tanpa sebarang penyakit dan gembira kerana hidupku ditemani dengan orang yang aku sayangi sama ada keluargaku dan juga rakan-rakan.Oh ye aku sudah pun menghantar borang penangguhan PLKN ke ibu pejabat PLKN kerana aku ingin menyambung pelajaran terlebih dahulu.Mungkin di UITM Perak atau di Maktab Perguruan.

Sisa-sisa 'percutian'ku banyak aku habiskan bersama keluarga dan rakan-rakan dengan melepak dan sebagainya.Aku tidak mempunyai idea untuk menghabiskan masaku ini dengan aktiviti yang berfaedah ataupun yang jarang-jarang aku lakukan.Eh yang gambar di atas aku dengan rakan baikku ketika kami keluar melepak dan setakat ini sahaja dapat aku khabarkan kepada anda dan insyaallah aku akan 'update' blog ini dari semasa ke semasa kerana aku agak sibuk ketika ini akan komitmen dengan kelab bola sepakku.Salam

*Eh bila mahu jumpa?
5 Jun 2009 3.38 petang

3 comments: