Wednesday, May 13, 2009

peristiwa 13 mei 2009

Hari ini aku akan mencatat dalam 'diari moden' ini sesuatu pengalaman yang baru di mana aku sebagai calon guru hadir untuk temu duga di Kampus Perguruan Bahasa Melayu di Lembah Pantai.Sebelum aku mula bercerita setiap langkah dan gerak-geriku pada hari ini,aku ingin memberitahu kepada kalian bahawa aku sudah lulus ujian JPJ semalam.Ini tidak bermaksud aku riak ataupun bangga kerana mendapat lesen P,tetapi aku sudah melepasi 'seksaan' kerana setiap kali aku ke tempat belajar memandu aku berasa seperti tidak selesa dan entah mengapa dan mungkin kerana bosan.

Biarkan sahaja perkara ini dan marilah aku ceritakan kepada kalian tentang pengalamanku ditemu duga sebagai calon guru dan bukannya seperti temu duga sebelum ini seperti kerja sambilanku sebagai pekerja di Restoran Pizza Hut.Pada pukul 5.45 aku bangun pagi dan celik mata melihat dunia dan syukur kepadaNya kerana masih diberi peluang untuk hidup.Tepat jam 6.30 aku keluar rumah bersama bapaku untuk ke sana dan sampai dalam pukul 7.15.Aku tidak sempat untuk beralas perut kerana terlalu 'rushing' bak kata rakan-rakanku.Ketika sampai sahaja di sana aku terus ke pejabatnya untuk bertanya di manakah bilik kod pusat WOA1.

Tiba-tiba seorang mak cik muncul dan terus membawaku ke bilik tersebut.Rupa-rupanya mak cik tersebut merupakan panel bagi temu duga yang bakal aku hadapi.Sampai sahaja di sana aku sempat jugak berkenalan dengan bakal-bakal guru yang kesemuanya lelaki.Kami menunggu di hadapan bilik WOA1 dalam setengah jam kerana panel mengarahkan kami untuk menyemak segala dokumen yang dibawa sebelum kami dipanggil masuk untuk ditemu duga.

Sementara panel memanggil kami masuk,aku mencari-cari di mana kelibat kaum hawa yang sebaya denganku.Mungkin kaum-kaum hawa yang sebaya denganku telah ke 'overseas' untuk sambung belajar(*terlintas di fikiranku).Jam 8.30 pagi kami(calon-calon guru) seramai 4 orang dipanggil masuk ke bilik dan kami diarah untuk menjawab soalan KBKK sebanyak 135 soalan selama 30 minit.Aku langsung tidak dicabar dengan soalan-soalan yang aku anggap sebagai soalan yang terlalu 'susah' bagiku.

Setelah selesai sesi menjawab soalan objektif tersebut,kami di arah meninggalkan bilik tersebut untuk beberapa ketika.Selepas itu kami dipanggil masuk semula oleh panel dan kami diberi tugas untuk berbincang tentang soalan yang diberi seperti soalan"apakah pengalaman anda di sekolah dalam gerak kerja kokurikulum dan pada pendapat anda adakah gerak kerja kokurikulum ini patut digalakkan?"Aku pun dengan pengalaman hidupku selama 17 tahun ini memerah kudrat untuk memberi persembahan yang terbaik dengan melontarkan setiap kata-kata dan menjadikan perbincangan tersebut bertambah menarik.Panel-panel ingin melihat keyakinan,sahsiah diri dan potensi kami untuk menjadi seorang guru.Dalam masa setengah jam kami bergilir-gilir memberi pendapat sehingga soalan-soalan tersebut berjaya kami huraikan.

Selepas selesai sesi berkumpulan,kami diarah menunggu di luar bilik semula kerana sesi seterusnya ialah sesi individu.Dalam 5 minit kemudian panel memanggil seorang demi seorang menggunakan loceng 'ajaib'mereka.(dalam fikiranku mengutuk panel-panel tersebut PEMALAS).

Sampai sahaja giliranku,aku mengetuk pintu dan memberi salam kepada panel-panel kesayanganku.Mereka terus menyoalku tentang latar belakang hidupku.Aku pun bercakap dengan tertib dan sopan santun kerana di sini mereka ingin menilai sahsiah diri kita dan keyakinan kita apabila bercakap.Seterusnya mereka mengajukan soalan demi soalan antaranya ialah "betulkah anda berminat untuk menjadi guru?".Sudah tentu jawapanku YA kerana aku betul-betul mempunyai minat yang mendalam dalam bidang tersebut.Setelah selesai temu duga tersebut,aku berasa lega kerana sebelum ini aku sudah bersiap sedia dan bersusah payah untuk temu duga dan jawapan untuk temu duga tersebut sama ada aku layak untuk menjadi guru atau tidak akan terjawab pada bulan Jun nanti.Aku terus ke Menara PERKESO Ampang dan 'lunch' bersama rakanku faiz dan sempat berbual panjang dengannya.



*aku lebih berjaya pada minggu ini berbanding minggu lepas
13 mei 2009 10.53 malam

6 comments: