Tuesday, May 26, 2009

kau pemalas


MALAS DAN MALAS.Sifat ini tidak lekang dalam diriku yang baru berusia 18 tahun.Aku tidak tahu bagaimana untuk membuang sifat ini yang sering menjadi gangguan hidupku untuk berjaya.

Aku harus berubah dan memaksimumkan hidupku ini dengan membuat perkara yang berfaedah di samping mengumpul 'tiket' untuk ke syurga.Aku harus berani sekarang untuk membuat segala keputusan dan yang paling penting aku sekarang ke arah jalan yang betul dan aku berharap akan mencapai setiap sasaranku.Antara perkara yang aku fikirkan ketika ini ialah

*30 mei-kejohanan bola sepak 7 sebelah
*1 Jun-Tawaran Maktab Perguruan
*16 Jun-Program Latihan Khidmat Negara(mungkin aku terpaksa melupakan program ini kerana aku akan sambung belajar terlebih dahulu)
*27 jun-Pendaftaran/kemasukan Universiti Teknologi Mara(UITM) Bandar Sri Iskandar,Perak

Alhamdulillah aku baru sahaja membeli sepasang kasut bola sepak Adidas untukku pakai ketika bermain setiap petang di padang bola sepak taman perumahanku.Aku berharap dapat meningkatkan tahap permainanku dari semasa ke semasa.

*PLAY BY YOUR OWN RULES
27 mei 2009 1.34 pagi

2 comments:

  1. Semoga anda berjaya dalam hidup anda.
    Dah berjaya kang jangan pula lupa akan guru2 yg mengajar anda

    ReplyDelete
  2. bongok. gambaq ikhwan gak ang letak . budak ni rajin oww. .

    ReplyDelete