Thursday, May 7, 2009

temu duga guru akan datang


Setelah mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM),aku telah menerima beberapa tawaran daripada pelbagai institut pengajian tinggi sama ada swasta mahupun kerajaan.Antaranya ialah matrikulasi Perlis,UNITEN Muadzham Shah,UITM Bandar Iskandar,dan Maktab Perguruan.Aku memberitahu tawaran2-tawaran ini kepada kalian bukan bermaksud riak ataupun berasa bangga,di sini aku ingin berkongsi dengan kalian betapa susahnya hendak membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam keadaan sebegini rupa kerana kita sebagai bakal siswa perlu memilih jalan yang betul untuk berjaya.

Pada mulanya aku sudah membuat keputusan dengan memilih sama ada UITM,UNITEN ataupun Matrikulasi,tetapi aku cuba bertanyakan pendapat orang lain terlebih dahulu dengan menelefon guru akaunku iaitu Cikgu Aminah ketika aku di tingkatan 5 pada tahun lepas untuk bertanya pendapatnya tentang situasiku ini.Pendapatnya berbeza sekali kerana dia menggalakkan aku untuk memilih bidang perguruan.Alasannya kerana pekerjaan pada masa hadapan sukar untuk dicari.Dia berkata demikian mungkin kerana pengalamannya yang luas dan aku terus berubah fikiran dan pilihan pertama aku ketika ini iaitu memilih bidang perguruan dan akauntan menjadi pilihan keduaku.Ramai sahabatku yang menyokongku untuk menjadi guru dan ada sesetengah yang membangkang.Aku telah membuat keputusan dengan memilih profession perguruan.Oleh itu aku perlu bersiap sedia untuk temu duga pada hari rabu minggu hadapan bersamaan 13 mei 2009 pada pukul 8 pagi di Lembah Pantai,Bangsar.Antara prosedur-prosedur untuk temu duga tersebut adalah dengan menyediakan karangan ringkas dan aku telah menyiapkan karangan tersebut dengan bantuan Sis Fara pada hari isnin lepas.yeah! ;D

1a)mengapa anda memilih bidang keguruan

Saya memilih bidang keguruan kerana saya benar-benar suka akan bidang ini dimana kita sebagai guru yang sering mendampingi anak-anak muda kita dengan cara mendidik mereka.

1b)pengalaman anda berinteraksi dengan kanak-kanak atau remaja

Pengalaman saya ketika berinteraksi dengan kanak-kanak atau remaja apabila saya berada di tingkatan 5 pada tahun lepas.saya sebagai pengerusi Lembaga Pembantu Sukan selalu berinteraksi dengan ahli-ahli Lembaga Pembantu Sukan yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 4 dengan memberi pelbagai arahan apabila aktiviti sekolah dijalankan terutamanya seperti hari sukan sekolah dan merentas desa.Di sini saya sebagai pengerusi menjadi tulang belakang sekolah dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah yang berkaitan dengan sukan.Selain itu,saya juga sebagai ketua ahli jawatan kuasa asrama juga sering berinteraksi dengan remaja ataupun pelajar-pelajar dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka seperti mengemas bilik dengan cara yang betul dan saya juga menjadi guru mereka apabila mereka tidak faham tentang pelajaran.saya juga mempunyai pengalaman berinteraksi dengan kanak-kanak apabila saya diberi tanggunjawab oleh mak cik saya untuk menjaga anaknya ketika mak cik saya ke pasar dan sebagainya.

ii)sekiranya anda terpilih untuk menjadi guru apakah yang dapat anda sumbangkan?

Sekiranya saya terpilih untuk menjadi guru,saya akan sumbangkan segala ilmu yang saya miliki dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka .Selain itu saya akan memerah kudrat saya supaya mereka benar-benar menjadi sebagai seorang insan yang berguna.Bukan itu sahaja,mereka juga akan menjadi orang yang berjaya untuk mewarisi tanah air kita pada suatu hari nanti.pada zaman kini,mentaliti pelajar sudah berubah .Mereka tidak fikir akan keburukan apabila melakukan sesuatu perkara.Mereka sering melakukan perkara-perkara negatif seperti pengambilan dadah,hubungan seks dan terlibat dalam jenayah.Dengan itu,saya sebagai guru ingin mengubah perkara tersebut secar a halus dengan mendidik mereka terutamanya sahsiah diri mereka agar mereka menjadi orang yang berguna.

*aku berharap cita-citaku akan tercapai.wish me luck okay ;)
khamis 8 mei 09 10.56 pagi

6 comments: