Saturday, May 30, 2009

Kami Juara

Pemain Terbaik Kejohanan


Juara 2009

Pada pagi Sabtu 30 mei 2009 aku menyertai pasukan Lestari Putra FC dalam Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Tertutup anjuran Taman Lestari Putra Seksyen 4.Kami menjuarai kategori remaja bawah 23 tahun dengan kemenangan kontoversi 1-0 yang dijaringkan oleh Farid dan juara ketegori juga menentang juara kategori veteran dan kami juga menang ke atas pasukan veteran dengan jaringan 1-0 yang dijaringkan oleh tonggak kami iaitu Farhan.Walaupun aku berasa letih kerana baru sahaja pulang dari Kedah tetapi aku berpuas hati akan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakanku yang lain.Dengan kejuaraan ini memberi semangat kepada kami untuk maju dan terus berjaya dalam bidang bola sepak.Akhir sekali layari laman blog kami di http://lestariputrateam.blogspot.com/

*aku lesu keletihan
30 mei 2009 4.45 petang

salam takziah








Hari ini 30 mei aku baru berasa lapang seketika kerana baru sahaja pulang dari Kedah disebabkan ada kematian.Aku pulang ke sana pada pagi rabu lepas iaitu pada 27 mei 2009 setelah mengetahui bahawa moyangku meninggal pada pukul 6.20 pagi kerana sakit tua.Mungkin aku tidak akan bercerita panjang akan perkara ini dan aku hanya memberitahu kepada kalian serba sedikit sahaja khabarku sepanjang aku di sana.Di samping gambar-gambar di sana aku tunjukkan kepada kalian dalam laman ini.

*harap maaf kerana kurang informasi
30 mei 2009 4.20 petang

Tuesday, May 26, 2009

kau pemalas


MALAS DAN MALAS.Sifat ini tidak lekang dalam diriku yang baru berusia 18 tahun.Aku tidak tahu bagaimana untuk membuang sifat ini yang sering menjadi gangguan hidupku untuk berjaya.

Aku harus berubah dan memaksimumkan hidupku ini dengan membuat perkara yang berfaedah di samping mengumpul 'tiket' untuk ke syurga.Aku harus berani sekarang untuk membuat segala keputusan dan yang paling penting aku sekarang ke arah jalan yang betul dan aku berharap akan mencapai setiap sasaranku.Antara perkara yang aku fikirkan ketika ini ialah

*30 mei-kejohanan bola sepak 7 sebelah
*1 Jun-Tawaran Maktab Perguruan
*16 Jun-Program Latihan Khidmat Negara(mungkin aku terpaksa melupakan program ini kerana aku akan sambung belajar terlebih dahulu)
*27 jun-Pendaftaran/kemasukan Universiti Teknologi Mara(UITM) Bandar Sri Iskandar,Perak

Alhamdulillah aku baru sahaja membeli sepasang kasut bola sepak Adidas untukku pakai ketika bermain setiap petang di padang bola sepak taman perumahanku.Aku berharap dapat meningkatkan tahap permainanku dari semasa ke semasa.

*PLAY BY YOUR OWN RULES
27 mei 2009 1.34 pagi

Wednesday, May 20, 2009

mencari kehidupan sebenar


Jalan cerita

Pada pukul 9.34 malam ini buat pertama kali aku bercerita tanpa sebarang ilham dan ingin terus beterusan bercerita kepada kalian tentang kehidupan semasa aku ini.Semalam puas aku berjalan meneroka bumi Putrajaya bersama rakan-rakan bekas sekolahku.Perjalanan aku ke sana mengambil masa selama 20 minit sahaja manakala mereka pula iaitu Atan,Penan dan Ez datang dari ibu kota yang penuh sesak iaitu Kuala Lumpur mengambil masa selama sejam untuk sampai ke Putrajaya.

Kami berborak panjang apabila bertemu masing-masing bertanyakan khabar kerana sudah lama tidak berjumpa mungkin kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.(*aku hanya tanam anggur sahaja di rumah).Kami sempat minum di Starbucks Coffee Alamanda(bukan main sokong Israel) sebelum kami makan tengah hari di 'food court' yang agak mahal harga makanannya.Setelah itu kami pusing-pusing dalam pusat membeli belah Alamanda Putrajaya dan seterusnya ke Perbadanan Awam untuk menemani rakanku Penan membayar saman motorsikalnya.Setelah itu kami terus berjalan dan singgah di Taman Warisan Botani untuk menghilangkan dahaga seketika.


Itu sahaja program atau aktivitiku pada hari selasa lepas.Tetapi pada hari ini aku kembali suram semula kerana tiada apa yang boleh dibuat dan hanya mengulangi aktiviti harianku di rumah seperti sidai kain,kemas rumah,'online' dan sebagainya.Aku ingin mencari kelainan dalam kehidupan ini dan aku tidak sabar untuk menyambung pelajaranku kerana di situ bermula kehidupan baruku yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

pengalaman lepas menjadikan diri kita lebih dewasa.Betulkah?

20 Mei 2009 10.08 malam

Sunday, May 17, 2009

Adidas Adipure

Adidas Adipure-Kaka(Ac Milan),Xabi Alonso(Fc Liverpool),Karim Benzema(Lyon)

Adidas Predator-Steven Gerard(Fc Liverpool),Xavi(Fc Barcelona),Van Persie(Fc Arsenal)

Sejak sekian lama aku meninggalkan dunia bola sepak padang dan kini aku benar merinduinya.Kini di taman perumahanku dianugerahkan sebuah padang bola sepak yang agak sederhana kecil berbanding saiz padang bola sepak sebenar.

Namun aku tidak dapat merasai 'kehangatan' but kepunyaanku Adidas Predator (*hilang) dan aku terpaksa memakai kasut sekolah ketika bermain pada setiap petang.Ketika ini aku mengidam sepasang but Adidas Adipure yang berharga RM700 dan aku berharap dapat 'menyarungnya' tidak lama lagi.


*hari jadiku jatuh pada 29 jun hadapan dan berharap tuah menyebelahiku
18 mei 5.00 pagi

Fikirkan


pepatah melayu,

"kerana mulut badan binasa "
"biar mati anak jangan mati adat"
"harapkan pagar,pagar makan padi"
"sekilas ikan di air sudah kutahu jantan betina"

Di atas beberapa contoh pepatah melayu yang aku bangkitkan .Tetapi itu bukan yang utama aku ingin sampaikan.Yang ingin aku sampaikan kepada sekalian hamba ialah melayu kita tidak mengambil pepatah melayu ini sebagai pengajaran kepada mereka dan kini melayu hanyut ke arah arus yang berlawanan.Cuba kau kenang akan nasib melayu selepas ini dan jangan melayu sudah jatuh dan lenyap barulah kau ingin menyahut "HIDUP MELAYU!!!" dan menjerit "DI MANA HAK KETUANAN MELAYU???"Keadaan ini seperti peribahasa yang berbunyi "sudah terhantuk baru terngadah"

apa pendapat anda?

*anak melayu yang memperjuangkan bangsa,agama dan negara
18 mei 2009 4.03 pagi

Wednesday, May 13, 2009

peristiwa 13 mei 2009

Hari ini aku akan mencatat dalam 'diari moden' ini sesuatu pengalaman yang baru di mana aku sebagai calon guru hadir untuk temu duga di Kampus Perguruan Bahasa Melayu di Lembah Pantai.Sebelum aku mula bercerita setiap langkah dan gerak-geriku pada hari ini,aku ingin memberitahu kepada kalian bahawa aku sudah lulus ujian JPJ semalam.Ini tidak bermaksud aku riak ataupun bangga kerana mendapat lesen P,tetapi aku sudah melepasi 'seksaan' kerana setiap kali aku ke tempat belajar memandu aku berasa seperti tidak selesa dan entah mengapa dan mungkin kerana bosan.

Biarkan sahaja perkara ini dan marilah aku ceritakan kepada kalian tentang pengalamanku ditemu duga sebagai calon guru dan bukannya seperti temu duga sebelum ini seperti kerja sambilanku sebagai pekerja di Restoran Pizza Hut.Pada pukul 5.45 aku bangun pagi dan celik mata melihat dunia dan syukur kepadaNya kerana masih diberi peluang untuk hidup.Tepat jam 6.30 aku keluar rumah bersama bapaku untuk ke sana dan sampai dalam pukul 7.15.Aku tidak sempat untuk beralas perut kerana terlalu 'rushing' bak kata rakan-rakanku.Ketika sampai sahaja di sana aku terus ke pejabatnya untuk bertanya di manakah bilik kod pusat WOA1.

Tiba-tiba seorang mak cik muncul dan terus membawaku ke bilik tersebut.Rupa-rupanya mak cik tersebut merupakan panel bagi temu duga yang bakal aku hadapi.Sampai sahaja di sana aku sempat jugak berkenalan dengan bakal-bakal guru yang kesemuanya lelaki.Kami menunggu di hadapan bilik WOA1 dalam setengah jam kerana panel mengarahkan kami untuk menyemak segala dokumen yang dibawa sebelum kami dipanggil masuk untuk ditemu duga.

Sementara panel memanggil kami masuk,aku mencari-cari di mana kelibat kaum hawa yang sebaya denganku.Mungkin kaum-kaum hawa yang sebaya denganku telah ke 'overseas' untuk sambung belajar(*terlintas di fikiranku).Jam 8.30 pagi kami(calon-calon guru) seramai 4 orang dipanggil masuk ke bilik dan kami diarah untuk menjawab soalan KBKK sebanyak 135 soalan selama 30 minit.Aku langsung tidak dicabar dengan soalan-soalan yang aku anggap sebagai soalan yang terlalu 'susah' bagiku.

Setelah selesai sesi menjawab soalan objektif tersebut,kami di arah meninggalkan bilik tersebut untuk beberapa ketika.Selepas itu kami dipanggil masuk semula oleh panel dan kami diberi tugas untuk berbincang tentang soalan yang diberi seperti soalan"apakah pengalaman anda di sekolah dalam gerak kerja kokurikulum dan pada pendapat anda adakah gerak kerja kokurikulum ini patut digalakkan?"Aku pun dengan pengalaman hidupku selama 17 tahun ini memerah kudrat untuk memberi persembahan yang terbaik dengan melontarkan setiap kata-kata dan menjadikan perbincangan tersebut bertambah menarik.Panel-panel ingin melihat keyakinan,sahsiah diri dan potensi kami untuk menjadi seorang guru.Dalam masa setengah jam kami bergilir-gilir memberi pendapat sehingga soalan-soalan tersebut berjaya kami huraikan.

Selepas selesai sesi berkumpulan,kami diarah menunggu di luar bilik semula kerana sesi seterusnya ialah sesi individu.Dalam 5 minit kemudian panel memanggil seorang demi seorang menggunakan loceng 'ajaib'mereka.(dalam fikiranku mengutuk panel-panel tersebut PEMALAS).

Sampai sahaja giliranku,aku mengetuk pintu dan memberi salam kepada panel-panel kesayanganku.Mereka terus menyoalku tentang latar belakang hidupku.Aku pun bercakap dengan tertib dan sopan santun kerana di sini mereka ingin menilai sahsiah diri kita dan keyakinan kita apabila bercakap.Seterusnya mereka mengajukan soalan demi soalan antaranya ialah "betulkah anda berminat untuk menjadi guru?".Sudah tentu jawapanku YA kerana aku betul-betul mempunyai minat yang mendalam dalam bidang tersebut.Setelah selesai temu duga tersebut,aku berasa lega kerana sebelum ini aku sudah bersiap sedia dan bersusah payah untuk temu duga dan jawapan untuk temu duga tersebut sama ada aku layak untuk menjadi guru atau tidak akan terjawab pada bulan Jun nanti.Aku terus ke Menara PERKESO Ampang dan 'lunch' bersama rakanku faiz dan sempat berbual panjang dengannya.



*aku lebih berjaya pada minggu ini berbanding minggu lepas
13 mei 2009 10.53 malam

Monday, May 11, 2009

Barack Obama



Populariti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama jauh melebihi negaranya sendiri di kalangan negara Arab, memberi isyarat bahawa beliau mampu meningkatkan hubungan antara kerajaan rantau Asia Barat dengan Washington.

Firma penyelidikan Asia Barat, Ipsos, menyatakan Obama yang dijadual membuat ucapan penting kepada dunia Islam di Mesir bulan depan 'dipandang opitimis penduduk yang yakin beliau akan memberi kesan positif kepada negara mereka, Asia Barat, Amerika malah di seluruh dunia'.

Ipsos berkata, tinjauan yang dilakukan pada Mac, membabitkan 7,000 orang dewasa di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Lubnan, Mesir dan Jordan.


Daripada jumlah itu, 33 peratus mempunyai pandangan positif terhadap Amerika, 43 peratus memberi pandangan negatif, 14 peratus tidak memihak, manakala 48 peratus lagi berkata mereka menyokong Obama.

"Sebaliknya, Obama menerima sokongan purata 48 peratus secara keseluruhan. Sokongan juga meningkat sehingga 58 peratus di Jordan, tetapi paling rendah di Mesir yang memberi Obama 35 peratus," kata Ipsos dalam satu kenyataan.

Hanya 22 peratus rakyat Mesir menyatakan sokongan kepada Amerika, paling rendah di antara enam negara tinjauan dijalankan.

"Perbezaan antara populariti Obama berbanding Amerika memberi isyarat bahawa 'wujud peluang bagi presiden untuk merapatkan jurang yang membolehkan beliau akan memperbaiki pandangan terhadap Amerika," kata kenyataan itu lagi.

Jumaat lalu, Rumah Putih mengumumkan bahawa Obama akan menyampaikan ucapan kepada dunia Islam di Mesir pada 4 Jun dalam usaha untuk memperbaiki hubungan yang terjejas teruk pada era Presiden George W Bush.

*jangan kena baling kasut sudah
12 mei 2009 1.48 petang

Saturday, May 9, 2009

selamat hari ibu



SELAMAT HARI IBU MAMA!Kasih sayang dan segala pengorbanannya tidak dapat aku balas dengan kata-kata .Hanya ucapan dan ciuman sahaja dapatku berikan kepadanya.


*Hari Ibu 10 mei 2009
ahad 10 mei 2009 2.05 pagi

Friday, May 8, 2009

melayu mudah lupa


Perdana Menteri Malaysia ke-4,Tun Mahathir Muhammad pernah berkata suatu ketika dahulu yang berbunyi begini,"melayu mudah lupa".Banyak yang boleh kita rungkaikan daripada pernyataan beliau tersebut.Memang diakui pada zaman sekarang melayu sudah jauh ketinggalan daripada masyarakat lain.Ramai anak-anak melayu yang masih meringkuk dalam pusat serenti kerana ketagihan dadah.Selain itu gejala rempit dan jenayah juga banyak melibatkan orang melayu kita sendiri.Perkara ini seperti tidak asing lagi bagi kaum melayu.Kes rogol,buang bayi dan seks bebas banyak melibatkan orang melayu.

Di sini aku bukan hendak menuding jari kepada sesiapa tetapi mulai saat ini kita haruslah berubah dan mengubah mentaliti masyarakat lain bahawa melayu sudah berubah ke arah yang lebih baik.Pemimpin-pemimpin kita juga perlu memberi contoh yang baik agar menjadi tauladan kepada rakyat.

Aku rakyat prihatin di sini inginkan orang melayu di tanah Malaysia ini bersatu menentang anasir-anasir luar bagi menyelamatkan bangsa dan negara yang kita sanjungi ini. Jika tiada dimana lagi orang melayu nak tinggal kalau orang melayu kini sesama sendiri asyik bertelagah bagi memperjuangkan hak yang tidak berprinsip dan yang tiada agenda (memartabatkan orang melayu) di mata dunia. Sedarlah wahai orang melayu kita kini telah diketawakan oleh bangsa lain yang melihat kita sebagai pelakon atau pelawak yang tidak tahu mana hujung pangkalnya.
Kalau semua pemimpin parti melayu berkerjasama orang melayu akan terbela suatu hari kelak, jangan jadi melayu mudah lupa.


*jangan kau layu dalam melayu
sabtu 9 mei 09 3.00 pagi

adik-beradikku



Di sini apa yang inginku sampaikan adalah kami mempunyai satu hubungan atau ikatan yang
suci.Hubungan ini di panggil hubungan antara adik-beradik yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.Kadang kala berlaku perselisihan faham antara kami dan kami sering bergaduh tetapi akan berbaik semula tidak lama kemudian bak kata pepatah "air yang dicincang tidak akan putus".Kita sangat bertuah kerana mempunyai adik-beradik yang menyokong antara satu sama lain dan hargai lah mereka setiap saat dan waktu dan jangan kalian menyesal jika mereka pergi tanpa pesan.


*sayang sayang sayang-Aliff Aziz
rabu 8 mei 09 4.29 petang

Thursday, May 7, 2009

temu duga guru akan datang


Setelah mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM),aku telah menerima beberapa tawaran daripada pelbagai institut pengajian tinggi sama ada swasta mahupun kerajaan.Antaranya ialah matrikulasi Perlis,UNITEN Muadzham Shah,UITM Bandar Iskandar,dan Maktab Perguruan.Aku memberitahu tawaran2-tawaran ini kepada kalian bukan bermaksud riak ataupun berasa bangga,di sini aku ingin berkongsi dengan kalian betapa susahnya hendak membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam keadaan sebegini rupa kerana kita sebagai bakal siswa perlu memilih jalan yang betul untuk berjaya.

Pada mulanya aku sudah membuat keputusan dengan memilih sama ada UITM,UNITEN ataupun Matrikulasi,tetapi aku cuba bertanyakan pendapat orang lain terlebih dahulu dengan menelefon guru akaunku iaitu Cikgu Aminah ketika aku di tingkatan 5 pada tahun lepas untuk bertanya pendapatnya tentang situasiku ini.Pendapatnya berbeza sekali kerana dia menggalakkan aku untuk memilih bidang perguruan.Alasannya kerana pekerjaan pada masa hadapan sukar untuk dicari.Dia berkata demikian mungkin kerana pengalamannya yang luas dan aku terus berubah fikiran dan pilihan pertama aku ketika ini iaitu memilih bidang perguruan dan akauntan menjadi pilihan keduaku.Ramai sahabatku yang menyokongku untuk menjadi guru dan ada sesetengah yang membangkang.Aku telah membuat keputusan dengan memilih profession perguruan.Oleh itu aku perlu bersiap sedia untuk temu duga pada hari rabu minggu hadapan bersamaan 13 mei 2009 pada pukul 8 pagi di Lembah Pantai,Bangsar.Antara prosedur-prosedur untuk temu duga tersebut adalah dengan menyediakan karangan ringkas dan aku telah menyiapkan karangan tersebut dengan bantuan Sis Fara pada hari isnin lepas.yeah! ;D

1a)mengapa anda memilih bidang keguruan

Saya memilih bidang keguruan kerana saya benar-benar suka akan bidang ini dimana kita sebagai guru yang sering mendampingi anak-anak muda kita dengan cara mendidik mereka.

1b)pengalaman anda berinteraksi dengan kanak-kanak atau remaja

Pengalaman saya ketika berinteraksi dengan kanak-kanak atau remaja apabila saya berada di tingkatan 5 pada tahun lepas.saya sebagai pengerusi Lembaga Pembantu Sukan selalu berinteraksi dengan ahli-ahli Lembaga Pembantu Sukan yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 4 dengan memberi pelbagai arahan apabila aktiviti sekolah dijalankan terutamanya seperti hari sukan sekolah dan merentas desa.Di sini saya sebagai pengerusi menjadi tulang belakang sekolah dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah yang berkaitan dengan sukan.Selain itu,saya juga sebagai ketua ahli jawatan kuasa asrama juga sering berinteraksi dengan remaja ataupun pelajar-pelajar dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka seperti mengemas bilik dengan cara yang betul dan saya juga menjadi guru mereka apabila mereka tidak faham tentang pelajaran.saya juga mempunyai pengalaman berinteraksi dengan kanak-kanak apabila saya diberi tanggunjawab oleh mak cik saya untuk menjaga anaknya ketika mak cik saya ke pasar dan sebagainya.

ii)sekiranya anda terpilih untuk menjadi guru apakah yang dapat anda sumbangkan?

Sekiranya saya terpilih untuk menjadi guru,saya akan sumbangkan segala ilmu yang saya miliki dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka .Selain itu saya akan memerah kudrat saya supaya mereka benar-benar menjadi sebagai seorang insan yang berguna.Bukan itu sahaja,mereka juga akan menjadi orang yang berjaya untuk mewarisi tanah air kita pada suatu hari nanti.pada zaman kini,mentaliti pelajar sudah berubah .Mereka tidak fikir akan keburukan apabila melakukan sesuatu perkara.Mereka sering melakukan perkara-perkara negatif seperti pengambilan dadah,hubungan seks dan terlibat dalam jenayah.Dengan itu,saya sebagai guru ingin mengubah perkara tersebut secar a halus dengan mendidik mereka terutamanya sahsiah diri mereka agar mereka menjadi orang yang berguna.

*aku berharap cita-citaku akan tercapai.wish me luck okay ;)
khamis 8 mei 09 10.56 pagi

minggu yang malang


Pada awal pagi rabu iaitu jam 2.30 pagi aku curi keluar rumah untuk untuk menonton perlawanan bola sepak peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah antara pasukan kegemaranku iaitu Arsenal fc menentang pasukan Man.Utd(Sesuatu yang luar biasa aku telah buat).Aku keluar rumah perlahan-lahan sambil kawan baikku yang bernama Din tunggu di luar bersama kereta Savvy kepunyaannya.Kami terus menuju ke rumah rakanku yang bernama Emir atau 'nickname'nya Bagak.Setelah itu kami terus ke kedai mamak untuk menyaksikan perlawanan yang dianggap menarik dan yang ditunggu-tunggu.

Ketika kami sampai,meja makan sudah pun penuh dan kebanyakannya penyokong pasukan Man.Utd dan kami terpaksa berhimpit dengan mereka.Di awal minit yang pertama aku sungguh teruja kerana pasukan Arsenal menunjukkan tahap permainan yang memuaskan(*lbh kurang 5 mnt pertama jela).3 minit kemudian iaitu pada minit ke 8 tidak silap aku Park ji Sung dari pasukan Man.utd menjaringkan gol pertama perlawanan atas kesilapan bek kiri arsenal iaitu Kieron Gibbs.

Ketika itu perasaanku gundah gulana kerana Arsenal perlu menang dengan jaringan 3 gol.Tidak cukup dengan itu,3 minit kemudian Cristiano Ronaldo pula menjaringkan gol tendangan jarak jauh.Bak kata rakanku Aysha jaringan 'WORLD CLASS' dan aku mengiyakan sahaja.Dengan perasaan yang tertekan dan hiba pada ketika itu,rakan baikku pula iaitu hakimin memberi mesej padaku yang berbunyi"DAH BOLEH TIDUR LA KOT ZAIM.HEHEHE".

Dalam benak fikiranku ketika itu sudah terkubur harapan pasukan kegemaranku untuk ke final..Aku tonton perlawanan itu sehingga wisel penamat dan perlawanan berakhir dengan pasukan Manchester United menang dengan agregat 4-1. Kami pulang dengan perasaan hampa dan aku tidak menang tangan membalas mesej-mesej(mesej bahan) dari penyokong Man. utd(rakan2ku).

Pada keesokkan harinya iaitu pada hari rabu aku bangun pada pukul 12 tgh hari.Mungkin mengantuk disebabkan menonton perlawanan bola sepak.Petang itu pula
pada pukul 3 petang rakanku Emir menelefonku tujuannya adalah untuk menyuruhku mengambilnya di stesen bas Equine Park.Aku pun segera ke sana dengan meunggang motorsikal EX-5 Class 1 milik ayahku.Aku tiba di stesen bas dengan selamat dan sesudah sampai,emir melambai-lambai ke arahku lalu aku menuju ke arahnya lantas kami pulang ke rumah.

Ketika perjalanan pulang,kami terlibat dengan kemalangan dan ketika itu aku tidak mampu mengawal motorsikalku lalu melanggar "divider' jalan.Kami megalami kecederaan ringan sahaja dan syukur kepada yang maha esa kerana masih diberi peluang untuk hidup.Ramai kenalanku yang mengetahui peristiwa itu berkata "ape lah kau ni bawak tu hati-hati sikit la".aku tidak mampu berkata apa dan hanya membalas"benda dah nak jadi nak buat macam mana"(ayat orang tua-tua).Aku cuba menghabiskan sisa-sisa minggu ini dengan lebih baik lagi dan berharap Dia sentiasa bersamaku.Petang itu aku bermain bola seperti biasa.

*harap maaf bahasaku tunggang langgang
khamis 8 mei 09 9.26 pagi

di sini bermula

Pada pukul 8 pagi setelah aku letih mengemas ruang tamu rumahku,terlintas di hati apakah yang akan aku lakukan selepas ini.Tanpa membuang masa aku membawa laptop kepunyaan kakakku ke ruang tamu untuk melakukan aktiviti seperti biasa iaitu 'online' myspace dan membaca berita harian online.Agak bosan jugak kerana hampir setiap hari aku melakukan perkara yang sama.Tetapi di pagi jumaat ini berlainan pula kerana aku bangun awal dan solat subuh.Selalunya aku hanya 'subuh gajah' sahaja.Pagi yang mulia ini aku mimikirkan sesuatu yang baru iaitu membuat blog sendiri(aku gelak kecil ketika itu).Di sini aku ingin berkongsi kepada kalian tentang kehidupanku yang penuh dengan warna-warni.

*jam 8.30 pagi:aku tidak boleh tidur ketika itu entah kenapa