Saturday, May 30, 2009

Kami Juara

Pemain Terbaik Kejohanan


Juara 2009

Pada pagi Sabtu 30 mei 2009 aku menyertai pasukan Lestari Putra FC dalam Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Tertutup anjuran Taman Lestari Putra Seksyen 4.Kami menjuarai kategori remaja bawah 23 tahun dengan kemenangan kontoversi 1-0 yang dijaringkan oleh Farid dan juara ketegori juga menentang juara kategori veteran dan kami juga menang ke atas pasukan veteran dengan jaringan 1-0 yang dijaringkan oleh tonggak kami iaitu Farhan.Walaupun aku berasa letih kerana baru sahaja pulang dari Kedah tetapi aku berpuas hati akan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakanku yang lain.Dengan kejuaraan ini memberi semangat kepada kami untuk maju dan terus berjaya dalam bidang bola sepak.Akhir sekali layari laman blog kami di http://lestariputrateam.blogspot.com/

*aku lesu keletihan
30 mei 2009 4.45 petang

salam takziah








Hari ini 30 mei aku baru berasa lapang seketika kerana baru sahaja pulang dari Kedah disebabkan ada kematian.Aku pulang ke sana pada pagi rabu lepas iaitu pada 27 mei 2009 setelah mengetahui bahawa moyangku meninggal pada pukul 6.20 pagi kerana sakit tua.Mungkin aku tidak akan bercerita panjang akan perkara ini dan aku hanya memberitahu kepada kalian serba sedikit sahaja khabarku sepanjang aku di sana.Di samping gambar-gambar di sana aku tunjukkan kepada kalian dalam laman ini.

*harap maaf kerana kurang informasi
30 mei 2009 4.20 petang

Tuesday, May 26, 2009

kau pemalas


MALAS DAN MALAS.Sifat ini tidak lekang dalam diriku yang baru berusia 18 tahun.Aku tidak tahu bagaimana untuk membuang sifat ini yang sering menjadi gangguan hidupku untuk berjaya.

Aku harus berubah dan memaksimumkan hidupku ini dengan membuat perkara yang berfaedah di samping mengumpul 'tiket' untuk ke syurga.Aku harus berani sekarang untuk membuat segala keputusan dan yang paling penting aku sekarang ke arah jalan yang betul dan aku berharap akan mencapai setiap sasaranku.Antara perkara yang aku fikirkan ketika ini ialah

*30 mei-kejohanan bola sepak 7 sebelah
*1 Jun-Tawaran Maktab Perguruan
*16 Jun-Program Latihan Khidmat Negara(mungkin aku terpaksa melupakan program ini kerana aku akan sambung belajar terlebih dahulu)
*27 jun-Pendaftaran/kemasukan Universiti Teknologi Mara(UITM) Bandar Sri Iskandar,Perak

Alhamdulillah aku baru sahaja membeli sepasang kasut bola sepak Adidas untukku pakai ketika bermain setiap petang di padang bola sepak taman perumahanku.Aku berharap dapat meningkatkan tahap permainanku dari semasa ke semasa.

*PLAY BY YOUR OWN RULES
27 mei 2009 1.34 pagi

Wednesday, May 20, 2009

mencari kehidupan sebenar


Jalan cerita

Pada pukul 9.34 malam ini buat pertama kali aku bercerita tanpa sebarang ilham dan ingin terus beterusan bercerita kepada kalian tentang kehidupan semasa aku ini.Semalam puas aku berjalan meneroka bumi Putrajaya bersama rakan-rakan bekas sekolahku.Perjalanan aku ke sana mengambil masa selama 20 minit sahaja manakala mereka pula iaitu Atan,Penan dan Ez datang dari ibu kota yang penuh sesak iaitu Kuala Lumpur mengambil masa selama sejam untuk sampai ke Putrajaya.

Kami berborak panjang apabila bertemu masing-masing bertanyakan khabar kerana sudah lama tidak berjumpa mungkin kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.(*aku hanya tanam anggur sahaja di rumah).Kami sempat minum di Starbucks Coffee Alamanda(bukan main sokong Israel) sebelum kami makan tengah hari di 'food court' yang agak mahal harga makanannya.Setelah itu kami pusing-pusing dalam pusat membeli belah Alamanda Putrajaya dan seterusnya ke Perbadanan Awam untuk menemani rakanku Penan membayar saman motorsikalnya.Setelah itu kami terus berjalan dan singgah di Taman Warisan Botani untuk menghilangkan dahaga seketika.


Itu sahaja program atau aktivitiku pada hari selasa lepas.Tetapi pada hari ini aku kembali suram semula kerana tiada apa yang boleh dibuat dan hanya mengulangi aktiviti harianku di rumah seperti sidai kain,kemas rumah,'online' dan sebagainya.Aku ingin mencari kelainan dalam kehidupan ini dan aku tidak sabar untuk menyambung pelajaranku kerana di situ bermula kehidupan baruku yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

pengalaman lepas menjadikan diri kita lebih dewasa.Betulkah?

20 Mei 2009 10.08 malam

Sunday, May 17, 2009

Adidas Adipure

Adidas Adipure-Kaka(Ac Milan),Xabi Alonso(Fc Liverpool),Karim Benzema(Lyon)

Adidas Predator-Steven Gerard(Fc Liverpool),Xavi(Fc Barcelona),Van Persie(Fc Arsenal)

Sejak sekian lama aku meninggalkan dunia bola sepak padang dan kini aku benar merinduinya.Kini di taman perumahanku dianugerahkan sebuah padang bola sepak yang agak sederhana kecil berbanding saiz padang bola sepak sebenar.

Namun aku tidak dapat merasai 'kehangatan' but kepunyaanku Adidas Predator (*hilang) dan aku terpaksa memakai kasut sekolah ketika bermain pada setiap petang.Ketika ini aku mengidam sepasang but Adidas Adipure yang berharga RM700 dan aku berharap dapat 'menyarungnya' tidak lama lagi.


*hari jadiku jatuh pada 29 jun hadapan dan berharap tuah menyebelahiku
18 mei 5.00 pagi

Fikirkan


pepatah melayu,

"kerana mulut badan binasa "
"biar mati anak jangan mati adat"
"harapkan pagar,pagar makan padi"
"sekilas ikan di air sudah kutahu jantan betina"

Di atas beberapa contoh pepatah melayu yang aku bangkitkan .Tetapi itu bukan yang utama aku ingin sampaikan.Yang ingin aku sampaikan kepada sekalian hamba ialah melayu kita tidak mengambil pepatah melayu ini sebagai pengajaran kepada mereka dan kini melayu hanyut ke arah arus yang berlawanan.Cuba kau kenang akan nasib melayu selepas ini dan jangan melayu sudah jatuh dan lenyap barulah kau ingin menyahut "HIDUP MELAYU!!!" dan menjerit "DI MANA HAK KETUANAN MELAYU???"Keadaan ini seperti peribahasa yang berbunyi "sudah terhantuk baru terngadah"

apa pendapat anda?

*anak melayu yang memperjuangkan bangsa,agama dan negara
18 mei 2009 4.03 pagi

Wednesday, May 13, 2009

peristiwa 13 mei 2009

Hari ini aku akan mencatat dalam 'diari moden' ini sesuatu pengalaman yang baru di mana aku sebagai calon guru hadir untuk temu duga di Kampus Perguruan Bahasa Melayu di Lembah Pantai.Sebelum aku mula bercerita setiap langkah dan gerak-geriku pada hari ini,aku ingin memberitahu kepada kalian bahawa aku sudah lulus ujian JPJ semalam.Ini tidak bermaksud aku riak ataupun bangga kerana mendapat lesen P,tetapi aku sudah melepasi 'seksaan' kerana setiap kali aku ke tempat belajar memandu aku berasa seperti tidak selesa dan entah mengapa dan mungkin kerana bosan.

Biarkan sahaja perkara ini dan marilah aku ceritakan kepada kalian tentang pengalamanku ditemu duga sebagai calon guru dan bukannya seperti temu duga sebelum ini seperti kerja sambilanku sebagai pekerja di Restoran Pizza Hut.Pada pukul 5.45 aku bangun pagi dan celik mata melihat dunia dan syukur kepadaNya kerana masih diberi peluang untuk hidup.Tepat jam 6.30 aku keluar rumah bersama bapaku untuk ke sana dan sampai dalam pukul 7.15.Aku tidak sempat untuk beralas perut kerana terlalu 'rushing' bak kata rakan-rakanku.Ketika sampai sahaja di sana aku terus ke pejabatnya untuk bertanya di manakah bilik kod pusat WOA1.

Tiba-tiba seorang mak cik muncul dan terus membawaku ke bilik tersebut.Rupa-rupanya mak cik tersebut merupakan panel bagi temu duga yang bakal aku hadapi.Sampai sahaja di sana aku sempat jugak berkenalan dengan bakal-bakal guru yang kesemuanya lelaki.Kami menunggu di hadapan bilik WOA1 dalam setengah jam kerana panel mengarahkan kami untuk menyemak segala dokumen yang dibawa sebelum kami dipanggil masuk untuk ditemu duga.

Sementara panel memanggil kami masuk,aku mencari-cari di mana kelibat kaum hawa yang sebaya denganku.Mungkin kaum-kaum hawa yang sebaya denganku telah ke 'overseas' untuk sambung belajar(*terlintas di fikiranku).Jam 8.30 pagi kami(calon-calon guru) seramai 4 orang dipanggil masuk ke bilik dan kami diarah untuk menjawab soalan KBKK sebanyak 135 soalan selama 30 minit.Aku langsung tidak dicabar dengan soalan-soalan yang aku anggap sebagai soalan yang terlalu 'susah' bagiku.

Setelah selesai sesi menjawab soalan objektif tersebut,kami di arah meninggalkan bilik tersebut untuk beberapa ketika.Selepas itu kami dipanggil masuk semula oleh panel dan kami diberi tugas untuk berbincang tentang soalan yang diberi seperti soalan"apakah pengalaman anda di sekolah dalam gerak kerja kokurikulum dan pada pendapat anda adakah gerak kerja kokurikulum ini patut digalakkan?"Aku pun dengan pengalaman hidupku selama 17 tahun ini memerah kudrat untuk memberi persembahan yang terbaik dengan melontarkan setiap kata-kata dan menjadikan perbincangan tersebut bertambah menarik.Panel-panel ingin melihat keyakinan,sahsiah diri dan potensi kami untuk menjadi seorang guru.Dalam masa setengah jam kami bergilir-gilir memberi pendapat sehingga soalan-soalan tersebut berjaya kami huraikan.

Selepas selesai sesi berkumpulan,kami diarah menunggu di luar bilik semula kerana sesi seterusnya ialah sesi individu.Dalam 5 minit kemudian panel memanggil seorang demi seorang menggunakan loceng 'ajaib'mereka.(dalam fikiranku mengutuk panel-panel tersebut PEMALAS).

Sampai sahaja giliranku,aku mengetuk pintu dan memberi salam kepada panel-panel kesayanganku.Mereka terus menyoalku tentang latar belakang hidupku.Aku pun bercakap dengan tertib dan sopan santun kerana di sini mereka ingin menilai sahsiah diri kita dan keyakinan kita apabila bercakap.Seterusnya mereka mengajukan soalan demi soalan antaranya ialah "betulkah anda berminat untuk menjadi guru?".Sudah tentu jawapanku YA kerana aku betul-betul mempunyai minat yang mendalam dalam bidang tersebut.Setelah selesai temu duga tersebut,aku berasa lega kerana sebelum ini aku sudah bersiap sedia dan bersusah payah untuk temu duga dan jawapan untuk temu duga tersebut sama ada aku layak untuk menjadi guru atau tidak akan terjawab pada bulan Jun nanti.Aku terus ke Menara PERKESO Ampang dan 'lunch' bersama rakanku faiz dan sempat berbual panjang dengannya.



*aku lebih berjaya pada minggu ini berbanding minggu lepas
13 mei 2009 10.53 malam