Monday, May 11, 2009

Barack Obama



Populariti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama jauh melebihi negaranya sendiri di kalangan negara Arab, memberi isyarat bahawa beliau mampu meningkatkan hubungan antara kerajaan rantau Asia Barat dengan Washington.

Firma penyelidikan Asia Barat, Ipsos, menyatakan Obama yang dijadual membuat ucapan penting kepada dunia Islam di Mesir bulan depan 'dipandang opitimis penduduk yang yakin beliau akan memberi kesan positif kepada negara mereka, Asia Barat, Amerika malah di seluruh dunia'.

Ipsos berkata, tinjauan yang dilakukan pada Mac, membabitkan 7,000 orang dewasa di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Lubnan, Mesir dan Jordan.


Daripada jumlah itu, 33 peratus mempunyai pandangan positif terhadap Amerika, 43 peratus memberi pandangan negatif, 14 peratus tidak memihak, manakala 48 peratus lagi berkata mereka menyokong Obama.

"Sebaliknya, Obama menerima sokongan purata 48 peratus secara keseluruhan. Sokongan juga meningkat sehingga 58 peratus di Jordan, tetapi paling rendah di Mesir yang memberi Obama 35 peratus," kata Ipsos dalam satu kenyataan.

Hanya 22 peratus rakyat Mesir menyatakan sokongan kepada Amerika, paling rendah di antara enam negara tinjauan dijalankan.

"Perbezaan antara populariti Obama berbanding Amerika memberi isyarat bahawa 'wujud peluang bagi presiden untuk merapatkan jurang yang membolehkan beliau akan memperbaiki pandangan terhadap Amerika," kata kenyataan itu lagi.

Jumaat lalu, Rumah Putih mengumumkan bahawa Obama akan menyampaikan ucapan kepada dunia Islam di Mesir pada 4 Jun dalam usaha untuk memperbaiki hubungan yang terjejas teruk pada era Presiden George W Bush.

*jangan kena baling kasut sudah
12 mei 2009 1.48 petang

4 comments:

  1. aku bce jangan kne baling kasut je.
    tp kalo kne baling kasowt gak?

    ReplyDelete
  2. kalo kene baling kasut gk mmg silap r.salute kot obama ni

    ReplyDelete
  3. hahaha kawan u lawak. i pon baca tu je. hahahaha.

    ReplyDelete
  4. ahahah ape la korang ni.nway thanks yaww

    ReplyDelete